• Tya Shatirah

10 Cara Jimat Perbelanjaan Ketika Menunaikan Umrah

Updated: Mar 1


1. Beli 'Toiletries' di Malaysia


Setibanya di tanah suci, benda pertama yang saya ingatkan suami saya ialah sabun badan dan syampu. Bukan tak boleh pakai peralatan tandas yang hotel beri tapi utk 13 hari, alangkah indahnya dapat mandi dengan buih2 macam di Malaysia. Jadi kami pon pergi ke Bin Dawood. Alangkah terkejutnya saya bila harga toiletaries di sini 2 kali ganda di Malaysia. Sekarang baru saya tahu kenapa mak saya asyik mengingatkan saya untuk bawa 'toiletaries' dari Malaysia.


Sebab pertama, di Malaysia harga jauh lebih murah. Kedua, di Malaysia ada jual saiz mini utk travel jadi bole tinggalkan botol yang sudah habis disana nanti dan ketiga, boleh penuhkan beg dengan barang ini sebelum ke tanah suci. (Supaya nanti, boleh isi ruang kosong dengan barang yang 'tershopping' pulang ke tanah air.)



13 riyal untuk syampu saiz kecil

Anda mungkin berminat untuk membaca : 15 Pesediaan Sebelum pergi Mengerjakan Umrah di Tanah Suci Mekah dan Madinah


2. Perlu ke tak perlu sim card


Kebiasaannya, wifi sudah disediakan di bilik atau lobby hotel. Jadi boleh guna wifi hotel untuk update keluarga jika sudah sampai. Namun jika anda decide untuk beli simcard, beli lah yang benar-benar sesuai dengan keperluan anda.


Kita perlu tahu apa tujuan nak ada simcard disana.

1) memudahkan urusan komunikasi dengan mutawif

2) hubungi pasangan/ahli keluarga/ ahli bilik di tanah suci just in case terpisah

3) hubungi keluarga di Malaysia

Jadi penggunaan pocket wifi untuk share adalah tidak sesuai sebab mana mungkin nak berkepit aja dengan pemegang wifi tu lebih2 lagi di Mekah.


Apa yang saya beli ialah sim card yang ada data dan yang boleh call dalam dan luar negara. Jadi, if saya dan suami terpisah disana, kami hanya call utk set tempat pertemuan. Untuk ahli keluarga di Malaysia juga saya call. Data intenet pula saya hanya guna untuk videocall anak kecil.


Cukup 2GB dan 100minutes call dari Mobily. Harga dibeli 45 riyal tapi bila google, rupanya harga sebenar utk plan itu 30 riyal. Jadi bagi sesiapa yang nak beli simcard, boleh bersabar dan usha-usha dulu pilihan yang ada. Bandingkan harga yang dijual di depan hotel dan di official booth mereka.


Anda mungkin berminat untuk membaca : Apa itu Umrah ?


3. Dobi, dobi, dobi


Untuk baju bersih, ada yang prefer untuk hantar baju di dobi, basuh sendiri dan ada juga yang prefer beli jubah baru hari2 (eh bukan saya ya). Tapi untuk khidmat dobi, di Madinah suami saya dikenakan 18riyal sekilo dengan bell boy. Ahli kumpulan kami yang lain ada yang dikenakan 15 riyal dengan bell boy.


Lepas tu bila jalan-jalan cuci mata di kedai jubah, ada pula yang offer 10 riyal sekilo. Jadinya, di Madinah, kena tawar menawar sampai dapat rate 10 riyal. Lagi rendah lagi bagus ye dak ?


Di Mekah pula, rata-rata kata kira per helai. Bukan perkilo macam di Madinah. Jadi servisnya agak mahal. Suami hanya hantar kain ihram di hotel, dan sepasang berharga 23 riyal. Ada yang kata boleh dapat 10 riyal sepasang. Waallahualam.


Kenapa tak basuh sendiri? Saya basuh sendiri sebahagian baju dan ianya sangat memenatkan. Lebih prefer luangkan masa di masjid kerana bukan senang nak dapat peluang kesana. Pakaian juga susah kering dalam bilik beraircond. Jadi ambil masa yang agak lama untuk keringkan pakaian lebih-lebih lagi pakaian yang agak tebal seperti stoking.




4. Mana nak shopping kurma?


Haa ramai tertanya2 mana nak shopping kurma yang fresh, murah, harga berpatutan? Jawapannya adalah shopping kurma di Pasar Kurma, Medinah. Disini, harga murah dan banyak sangat pilihan kedai yang ada. Lokasi dia berdekatan la jugak dengan masjid Nabawi. Jadi jika anda nak berjalan dari masjid Nabawi ke Pasar kurma untuk tambah stock lagi pon boleh.


Malangnya, sebelum ustaz bawa kami ke Pasar Kurma, ustaz bawa kami ke Ladang Kurma dulu. Jadi kami dah borong kurma di Ladang kurma sebab harganya okay jika dibandingkan dengan harga di Malaysia. Tapi, beza harga Kurma Ajwa (dan barang2 lain) antara Ladang Kurma dan Pasar Kurma adalah dalam 10 -15riyal per kilo. Cuba bayangkan kalau beli berkilo-kilo?


p/s : jangan salahkan ustaz, ustaz dah warning awal2 yang dekat pasar kurma lagi murah. Kami yang tak tahan godaan. haha





5. Shopping Jubah, bende wajib disini !


Sebelum bergerak ke tanah suci mesti dah berkira2 berapa helai jubah nak dibeli. Untuk ahli keluarga dan sahabat handai, (kalau muat beg la). Harga Jubah di Makkah dan Madinah berbeza-beza. Sehelai boleh jadi 10 riyal hingga ke beberapa ratus riyal. Jadi dimana tempat sepatutnya shopping jubah? Makkah atau Madinah?


Bagi saya, jubah di Makkah dan Madinah semuanya cantik. Harga pula boleh ditawar sampai puas hati. Jadi jangan percaya bila orang kata shopping habis-habisan di Madinah sebab jubah di Makkah juga boleh tahan cantik dan murah.


Tips: Jubah di bawah Safwah tower cantik-cantik dan berpatutan sangat !



Anda mungkin berminat untuk membaca : 15 Pesediaan Sebelum pergi Mengerjakan Umrah di Tanah Suci Mekah dan Madinah



6. Window Shopping di Mall2 di sekitar Masjidil Haram


Depan Masjid Nabawi ada mall. Depan Masjidil Haram ada mall.


Kenapa window shopping sahaja tapi tak shopping?


Barang-barang dalam mall Makkah atau Madinah ni dia mahal sikit. Kalau macam jubah, sejadah atau cenderahati ni, kedai-kedai di tepi-tepi jalan dan bawah-bawah hotel ni lebih murah. Siap boleh tawar menawar lagi. Untuk barang-barang branded pon sama. Harga disini jauh lagi mahal kalau compare dekat Malaysia. Contoh kedai yang kami dah masuk dan bandingkan harga ialah Sephora, Foot Locker, Casio, MotherCare, H&M and banyak lagi la. So jalan-jalan tengok harga terus tak jadi beli. Haha.


Patut la orang-orang arab ni suka shopping kat Malaysia sampai penuh KLCC dan Pavilion dibuatnya !





7. Kasut Hilang ?


Kita selalu dengar kasut hilang, selipar hilang di Madinah dan Mekah. Alhamdulillah saya punya selipar dan kasut tidak sekali pon. Apa tipsnya? Sentiasa bawa selipar dan kasut kemana sahaja kita pergi. Letakkan selipar dan kasut dalam plastic atau beg kasut dan bawa ke mana sahaja. Madinah dan Makkah sangat bersih. Mereka sering cuci kawasan ini jadi usah risau najis melekat ataupun tidak. Jika terkena najis pon, cuci sahaja sebelum bawa masuk ke masjid.


Senang cerita, jangan sesekali tinggalkan selipar anda merata-rata. Tak kira la di rak-rak kasut atau tempat tersembunyi sekali pon.


Jadi kalau dah plan nak bawak sekali selipar and kasut kemana2, bawa saja selipar paling selesa anda penah ada. Disana, banyak sangat berjalan.!





8. Tak larat dah makan makanan hotel


"Tak larat dah la nak makan makanan hotel bagi" ni ayat favourite budak-budak muda especially lepas nampak lambang KFC, mcD, Dominos dan sebagainya. Jadi, kalau betul-betul rasa dah tak boleh masuk makanan yang disediakan, bole la try fast food yang memang diorg punya chain (meaning takde di Malaysia) sbb murah daripada Fast Food Chain yang kita dah biasa makan disini.


Contoh, kalau KFC set 3 ketul di Malaysia RM20. Disana, 26 Riyal. Bila convert duit RM? Kualiti kalau compare, Malaysia lagi tip top kot. (Bagi saya la) Tapi ayam Broast Chicken di kedai fast food boleh dapat belasan riyal complete dengan air, kentang yang banyak dan roti. Ayam dia pon sedap! Begitu juga la dengan pizza. Dominos mereka takde promo-promo macam kat Malaysia. So if nak makan fast food boleh cari yang mur mur and ada fefeling local gittew.




Anda mungkin berminat untuk membaca : Apa itu Umrah?


9. Betul ke buah-buahan sana sedap-sedap?


Masya Allah ini betul. Buah-buahan kat sana sangat sedap. Jus buah-buahan diorang pon sangat-sangat sedap. Tak mustahil bila pergi sana, orang yang tak makan buah-buahan akan suka buah-buahan ni.


Delima ada salah satu contoh buah yang tahan lama yang ramai orang kita plan nak bawa balik Malaysia. Bukan apa, delima mereka sangat manis dan merah. Sekali dah try, takkan berhenti. Jadi kat mana nak shopping buah-buahan ni?


Sekarang, hampir semua trip jemaah umrah dibawa ke Taif. Disitu ada pasar buah yang panjang. Boleh beli bermacam buah-buahan disana utk dibawa pulang ke Malaysia. Contohnya, delima, cherry, peach, buah cactus(sangat sedap),buah tin dan sebagainya.





10. Ubat-ubatan

Ubat-ubatan di Tanah Suci agak mahal. Handiplast yang di Malaysia boleh dapat RM3.00 utk 20 keping, disana ianya berharga 10 riyal utk 20 keping handiplast. Belum tanya ubatan-ubatan lain lagi.


Ada satu pakcik mencari ubat sakit lutut di farmasi. Ubat yang disarankan oleh ahli farmasi berharga 500 riyal. Terkejut saya mendengarnya. Pakcik itu? Lagi la terkejut. Jadi lebih baik bawa ubat-ubatan seperti ubat demam, ubat selsema, ubat batuk dan ubat tahan sakit dari Malaysia. Kalau perlukan lebih, bawa lebih ya supaya boleh elakkan masuk farmasi di Tanah Suci.





Jadi, adakah anda bersetuju dengan list ini? Untuk yang bersetuju,ayuh beli barang dari Malaysia dan penuhkan beg sebelum bergerak ke Tanah Suci supaya banyak ruang kosong untuk barang baru ketika pulang dan jangan lupa gunakan wang lebih untuk sedekah. Untuk yang tak setuju dan tak kisah membeli di mana mana, terima kasih kerana anda telah membantu ekonomi rakyat di Makkah dan Madinah which is also a good thing. So tepuk dada tanya poket sendiri ye.


Post lain yang berkenaan : Apa itu Umrah ?


Post lain yang berkenaan : 15 Persediaan sebelum ke Tanah Suci Mekah dan Madinah


Jangan lupa share dan comment posting ini untuk membantu ramai lagi jemaah umrah yang lain ya ! Selamat menunaikan ibadah umrah.


Semoga kita semua akan dijemput kesana lagi.




360 views

JOIN MY MAILING LIST

© 2018 by nakweekend.com. Proudly created with Wix.com

  • Youtube