JOIN MY MAILING LIST

© 2018 by nakweekend.com. Proudly created with Wix.com

  • Youtube
  • Tya Shatirah

Apa itu UMRAH?

Sebelum mengerjakan ibadah Umrah, I ada google2 juga camana nak buat umrah ni sebenarnya? Tapi I still tak faham2 dan takut tersalah faham. Bila tanya orang panjang betul ceritanya. Mesti ada terselit tempat2 lain yang dorg pergi. Bertambah confius la kita yang mendengar ni. U all pernah macam tu tak? Sampai naik takut dan nervous nak pergi umrah ni.


I pon pergi la 2 kali ke kelas ibadah Umrah percuma oleh Andalusia untuk fahamkan lagi.


Bende yang selalu I pikir2kan dan mimpi2kan ialah :


1) Umrah itu apa sebenarnya. Susah sangat ke? Sampaikan saya betul2 takut dan nervous nak pergi.


2) Okay if kita buat ibadah Umrah di Mekah, jadi ape yang kita buat di Madinah?


Jadi untuk mari kita huraikan satu persatu persoalan itu.


Umrah


Umrah ialah qasad mengunjungi Baitullahil-Haram dalam keadaan beribadah dengan mengerjakan tawaf, sa'i dan bergunting (bercukur) pada bila-bila masa sahaja asalkan tidak dalam ihram haji.


Ibadah Umrah


Apa proses untuk selesaikan umrah sebenarnya?


1) Niat di Miqat (ada beberapa tempat niat tapi luar dari masjidil Haram)

2)Tawaf Kaabah sebanyak 7 kali

3)Saie diantara bukit Safa dan Marwah 7 kali (Dalam kawasan masjidil Haram juga)

4) Tahalul iaitu bergunting

5) Tertib


Oh mudah aje umrah ni.


Yang lain2 tu sebenarnya syarat2 sah, sunat je. Tapi bila dah di Tanah Suci, of cos la nak buat semua yang sunat tu. Okay faham.


Contohnya,

Miqat ni ada a few tempat yang boleh pergi sebab agak jauh dari Masjidil Haram, niat mesti dalam keadaan berihram dan bila dah berihram, ada 13 larangan yang wajib kita ikut. Kemudian ada cara-cara yang betul untuk melakukan tawaf 7 pusingan, saie 7 kali ulang alik Safa Marwah dan tahlul (gunting rambut). Kita explain lebih sikit (tapi simple2 je). So that semua boleh faham. In Sha Allah.





Untuk post lain yang berkenaan: 15 persediaan sebelum mengerjakan ibadah Umrah di Tanah Suci


1) Niat di Miqat


Niat mesti di Miqat (sempadan) selepas memakai pakaian Ihram.


Ihram

-Untuk perempuan pakai pakaian yang menutup aurat (tak kesah ape2) dan tak boleh pakai perfume atau benda2 berbau kecuali untuk tujuan kesihatan.


-Lelaki pula memakai kain putih tidak berjahit ikat macam yang selalu kita nampak org ambil gambar tu. (Di kelas umrah akan diajar) ataupon youtube aje.


Ihram ada 13 pantang larang. Yang ni kita mesti ikot kalau tak, akan dikenakan dam (denda). (Bincang dengan mutawif cara membayar dam disana.)


Okay so dari Miqat tu, kita continue naik bas atau kapal terbang pergi terus ke Mekah. Orang yang baru sampai dari jauh of cos akan pergi hotel dulu (mutawwif akan guide juga jadi jangan risau okay?) tapi yang dah tidur sana, terus aje ke Masjidil Haram. Selalunya untuk umrah kedua, ketiga dan seterusnya, kita akan terus direct ke Masjidil Haram.


Untuk post lain yang berkenaan : 10 Cara Jimat perbelanjaan ketika mengerjakan Umrah di Tanah Suci Makkah dan Madinah




2)Tawaf Kaabah sebanyak 7 kali


Rukun kedua Umrah ialah tawaf Kaabah sebanyak 7 kali dengan syarat-syaratnya. Jika syarat-syarat itu tak dilaksanakan, tidak sah tawafnya, dan tak sempurna umrahnya.


Syarat tawaf


- Dalam keadaan wuduk

- bersih dari hadas dan najis (pada baju, selipar, stoking, bag sandang, bayi yang dibawa dll),

- menutup aurat dengan sempurna (sebab tu senang pakai telekung aje baru yakin menutup aurat),

- hendaklah yakin 7 kali (kalau tak yakin boleh tambah, kalau terkentut, boleh ketepi untuk berwuduk kemudian sambung semula/tambah satu pusingan)

- niat untuk beribadah bukan cari kawan (jadi kalau terpisah tu, teruskan aje perjalanan nanti jumpa di bilik ya)

- bahu kiri sentiasa memandang ke Baitullah (jika terpesong, kena tambah pusingan),

- tidak menyentuh mana2 bahagian Kaabah, Bingkai kaabah, tembok Hijr Ismail dan rukun Yamani (Ya Allah time ni geram je nak join orang dok peluk, pegang cium Kaabah, Hijr Ismail dan rukun Yamani. Tapi sabar, kita boleh buat juga selepas tawaf sunat.)

- memulakan tawaf dari sudut al-Hajaratul Aswad (Ada lampu hijau sebagai panduan)




3)Sa'i di antara bukit Safa dan Marwah


Sa'i merupakan rukun ketiga umrah selepas tawaf 7 pusingan lengkap. Saie ni ialah berjalan di antara Bukit Safa dan Marwah tujuh kali dengan mengikut syarat-syaratnya. Bukit Safa dan Marwah ni dekat je dengan Kaabah dan masih dalam kawasan Masjidil Haram. Takde kena naik bas jauh-jauh ni.


Syarat-syarat Sa'i


- dilakukan lepas tawaf sempurna tertib

- dimulakan dari Safa ke Marwah

- hendaklah sampai ditempat tinggi Safa dan Marwah

- tujuh kali dengan sempurna

- Sa'i kerana ibadah haji atau umrah sahaja

- Sa'i di batnul wadi yang dipanggil Mas'a


Seperti tawaf, Sa'i juga ada 3 level (kalau tak silap) tapi kalau Sa'i di level paling bawah, boleh nampak Bukit Safa dan Marwah. Di level 1 pulak boleh berdiri di puncak bukit Marwah.

And ye Sa'i dah tak wajib berwuduk jadi jangan risau jika terbatal wuduk.




4) Tahalul



Rukun Umrah keempat ialah Tahalul iaitu bergunting atau bercukur.


Tahlul ni dilakukan sesudah sempurna Sa'i. Bergunting sekurang-kurangnya 3 helai rambut sahaja. Selalunya, selesai aje Sa'i di bukit Marwah, terus gunting 3 helai rambut atau lebih. Gunting boleh bawa siap-siap dari hotel.


Lepas bergunting tu, tertib. Dah boleh teruskan buat aktiviti lain macam biasa. Bebas dari pantang larang ihram. So boleh sambung beribadah, doa, tawaf sunat ataupon, balik makan. hehe.


Then kenapa nampak lelaki selalu botak ?


Errr.. Tak wajib pon botak tu. Yang wajib gunting lebih dari 3 helai setiap kali selepas Sa'i.




5) Tertib


Done.



Untuk menjawap persoalan kedua tentang apa kita buat di Madinah sebenarnya?


Sebenarnya, di Madinah kita menziarah kawasan masjid Nabawi, makam dan kat situ, banyak sangat hikmah2 dia. Selain itu, kita akan tambah rasa cinta kepada Nabi Muhammad s.w.t. Jadinya tak wajib pun pergi ke Madinah sebenarnya, cuma dah dekat bila lagi nak melawat Nabi. :)


Jadi macam mana? Takut lagi tak nak pergi umrah ni? Senang aje kan sebenarnya?


Untuk tahu lebih lanjut in detail tentang panduan Umrah, cara-cara nak dapat pahala yang banyak ketika ke Tanah Suci, boleh la baca lebih lanjut dari buku-buku yang ada. Dari dalam buku ada persediaan sebelum berangkat, peringatan untuk wanita, persediaan sebelum ke umrah, niat, doa2, jenis dam dan sebagainya.


Patut la orang yang dah pergi nak pergi lagi dan lagi.



Untuk post lain yang berkenaan: 15 persediaan sebelum mengerjakan ibadah Umrah di Tanah Suci


Untuk post lain yang berkenaan : 10 Cara Jimat perbelanjaan ketika mengerjakan Umrah di Tanah Suci Makkah dan Madinah




Jangan lupa share dan comment posting ini untuk membantu ramai lagi jemaah umrah yang lain ya ! Selamat menunaikan ibadah umrah.


Semoga kita semua akan dijemput kesana lagi.


185 views