JOIN MY MAILING LIST

© 2018 by nakweekend.com. Proudly created with Wix.com

  • Youtube
  • Tya Shatirah

15 Persediaan sebelum mengerjakan Umrah di Tanah Suci Mekah dan Madinah

Updated: Mar 1

Assalamualaikum bakal tetamu Allah.


Gembiranya saya bila dapat bercerita pasal Umrah trip. Tetapi sebelum nak bergerak ke Tanah Suci tu, astagfirullah tak tau nak bersedia macam mana. Sebab tak dapat gambaran lagi keadaan disana. Baca buku dah, hadir kursus pon dah. Pastu ada la exercise sikit2 tapi bila sampai sana still rasa tak cukup buat persediaan. Jadi bila dah rasa sendiri ni, saya share la pengetahuan sikit-sikit agar dapat memudahkan urusan yang bakal pergi. in Sha Allah.


Post lain yang berkenaan : Apa itu Umrah?


Disana, kita akan habiskan banyak masa di Masjid tak kira la di Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan masjid-masjid lain yang diziarah. Selain dari itu ada jugak ziarah tempat-tempat bersejarah, tempat Miqat, Raudhah, dan ziarah sekitar Masjid. Macam saya yang tak biasa ke masjid ni, Allahu boleh tanah penat dan lelah juga la berjalan. Hari-hari cari minyak panas untuk urut kaki. Masjid Nabawi dan Masjidil Haram sangat besar. Berkali-kali ganda besarnya dari Masjid di Malaysia ni. Namun perjalanan ke masjid, tawaf dan saie di Masjidil Haram in Sha Allah dimudahkan, menenangkan dan menginsafkan.



Apa kelebihan-kelebihan amalan disana?


Di tanah suci ini, kita bukan sekadar ingin menunaikan umrah di Makkah, tapi kita akan mahu berebut-rebut beribadah disana. Semua umat Islam disana berebut-rebut kutip pahala sehinggakan mereka menghabiskan sebanyak-banyak masa di dalam masjid.


1) Banyak hadis dah menerangkan kelebihan solat di masjid Nabawi dan Masjidil Haram. Antaranya ialah :


Dari  Jabir Radhiallahu Anhu ; bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda "Satu sembahyang di masjidku (masjid Nabawi) lebih afdhal daripada 1 000 sembahyang di masjid-masjid yang lain kecuali Masjidil Haram di Mekah dan satu sembahyang di Masjidil Haram pula lebih afdhal daripada 100 000 sembahyang di masjid-masjid yang lain."





2) Kelebihan solat di Masjid Quba, Madinah bersamaan dengan pahala satu Umrah. Masjid Quba' adalah masjid pertama yang dibina oleh RasulAllah S.A.W ketika berhijrah ke Madinah. Selepas itu, baginda sering dilihat menziarahi Masjid Quba.


Rasulullah bersabda yang bermaksud: “ Sesiapa yang pergi ke Masjid Quba’ dari rumahnya dalam keadaan berwuduk dan solat sunat dua rakaat di dalam masjid berkenaan, ganjarannya adalah satu pahala umrah."


Ramai berpusu-pusu untuk solat di Masjid Quba



3) Raudhah di Masjid Nabawi merupakan taman syurga dan tempat mustajab doa. Ribuan orang berlumba-lumba untuk masuk solat dan beribadah di Raudhah. Bersaiz hanya 22 x 15 meter persegi, jemaah mesti merancang waktu untuk kesana agar dapat beribadah di dalam kawasan Raudhah. Ramai wanita yang menangis kerana tidak dapat masuk ke dalam Raudhah kerana sudah tutup waktu untuk wanita masuk. Terharukan? Siapa saja yang berjaya solat di sana seakan-akan telah duduk di taman dari taman-taman surga dan pahalanya pun berlimpah.


Rasulullah SAW bersabda, “Tempat yang di antara rumahku dan mimbarku adalah raudhah (taman) di antara taman-taman surga.” (HR. Bukhari)


4) Tawaf di Masjidil Haram merupakan amalan yang paling afdhal di Masjidil Haram.


Ibnu Abbas r.a mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda ” Sesungguhnya setiap hari Allah menurunkan 120 rahmat kepada Baitullah ini. 60 rahmat untuk orang yang bertawaf, 40 rahmat untuk orang yang mengerjakan solat dan 20 rahmat untuk orang yang memandang Baitullah”.


5) Selain dari itu, banyak lagi aktiviti dan tempat yang dapat menambahkan pahala kita di tanah suci. Kebanyakannya juga adalah tempat makbul doa. Contohnya, ziarah makam RasulAllah saw, Bukit Safa dan Marwah, Hijr Ismail, sentuh kaabah, cium Hajarul Aswad dan sebagainya.



Jabal Rahmah tempat pertemuan Nabi Adam dan Hawa


Jadi ayuh kita persiapkan diri sebelum bergerak ke tanah suci supaya kita dapat beribadah sepuas-puasnya disana nanti. In Sha Allah.


Post lain yang berkenaan : Apa itu Umrah ?



1) Sahkan susun atur acara dengan agensi pelancongan


Trend di Malaysia, selalunya yang pergi umrah akan pergi dengan agensi pelancongan. Jadi, mereka mungkin dah siapkan itinerari, visa, penginapan, pengangkutan dan sebagainya. Jadi eloklah jika kita confirmkan semula semua perkara itu,sahkan waktu berkumpul di airport, ahli kumpulan dan mutawif agar perjalanan pergi dan disana berjalan dengan lancar.




2) Jaga Kesihatan Diri


Tahukah anda, sebelum kesana lagi anda perlu jaga kesihatan anda. Ya! Bukan disana sahaja jaga kesihatan tapi dari sini lagi. Pastikan anda tak makan makanan yang terlalu pedas sebulan sebelum pergi agar perut anda sihat disana. Jauhkan diri anda dari keadaan yang akan buat anda selsema atau batuk. (I know you know yourself well enough).




3) Bersenam


Wow tak pernah dengar ni nak travel kena bersenam. Tapi ni kita nak travel ke tempat yang memberi seribu satu hikmah. Disana, kita akan banyak sangat berjalan. Masjid Nabawi dan Masjidil Haram juga sangat besar. Kita seboleh-boleh mahu solat di depan Kaabah dan dalam Masjid Nabawi. Jadi bersenam seperti berjalan itu penting, supaya disana, fitness kita tinggi dan kurang termengah-mengah. Jarak perjalanan waktu umrah iaitu tawaf dan saie sahaja bole mencecah antara 5km ke 7km. Bayangkan kalau yang biasa kat Malaysia ni parking kereta ke office yg sekangkang kera tu pon dah mengah camana?




4) Appointment doktor dan Vaksin


Untuk pastikan kita dalam keadaan baik dan sihat sebelum pergi, buat la appointment dengan doktor dan jangan lupa untuk ambil vaksin. Vaksin yang diwajibkan ialah Meninggococal. Ada juga vaksin lain yang disarankan iaitu Influenza dan Pneumoccocal. Namun ia tidak wajib.




5) Sediakan Ubat-ubatan


Ubat-ubatan ni, perkara biasa yang memang kita kena bawa kemana-mana sahaja kita travel sebab ubat di luar negara dan negara kita tak semestinya sama dan sesuai dengan kita. Jadi bawa ubatan yang kita perlukan dan yang dah biasa makan. Macam saya ceritakan di 10 Cara Jimat Perbelanjaan Ketika Umrah, ubat-ubatan di Makkah dan Medinah agak mahal jadi boleh sediakan ubatan seperti ubat demam, batuk, selsema, tahan sakit, gastric, elergik dan sebagainya dari Malaysia. Jika bawa supplement untuk tambah tenaga pon bagus !



6) Betulkan Niat


Sebelum pergi, eloklah kita betulkan niat bahawa kita mahu pergi ke tempat suci untuk beribadah kerana Allah Taala. Jangan niat nak kahwin pula nanti terjumpa Vitamin dan Aura ke 19. Eh?


Selain itu, jangan lupa untuk minta maaf dan cuba menyelesaikan hutang dari ahli keluarga dan sahabat-sahabat agar dipermudahkan urusan beribadah disana.



Semoga Allah mengampunkan segala dosa dan memasukkan kita ke syurga



7) Ambil Travel Insurance


Seperti biasa, jangan lupa untuk ambil travel insurance agar anda dilindungi dari perkara-perkara yang tak diingini. Jika flight delay, barang dicuri, barang hilang, masuk hospital dan kemalangan, travel insurance ni sangatla berguna. Pastikan anda faham coverage dan info2 penting dari Travel Insurance ni ya !




8) Bawa pakaian yang sesuai


Pakaian yang sesuai amat penting disana. Jika pergi musim panas, bawa pakaian yang menyejukkan. Jika pergi musim sejuk, bawa pakaian yang memanaskan. Untuk wanita, sangat la baik jika bawa lebih telekung kerana kebanyakan masa kita akan memakai telekung dan jubah sahaja. Tiada tudung2 fancy ni. Telekung berwarna dan cantik pon bole pakai kerana disana, wanita bukan sahaja pakai pakaian berwarna putih dan hitam.



Taif sejuk jadi jangan lupa bawa baju sejuk


9) Bawa Barang-barang penting dan keperluan


Jangan lupa bawa barang-barang penting dan keperluan yang diperlukan. Barang-barang seperti toiletaries pon elok jika dibawa dari Malaysia kerana disana agak mahal. Boleh baca di 10 Cara berjimat ketika Umrah untuk info lanjut.


Post berkenaan umrah : 10 Cara Berjimat perbelanjaan ketika Umrah


10) Bawa international adapter


Kepala plug disana, tak sama macam di Malaysia. Elok la jika dibawa international adapter. Plug juga tak banyak. Bawa la extension skali untuk mudahkan urusan charge telefon, power bank dan kamera anda di hotel.




11) Jadikan luggage anda paling Rare


Untuk travel, luggage ni kita tak boleh pilih yang cantik, cool dan smart je tau. Kena beli juga yang rare. Sebab nanti di conveyor belt tu, banyaknya bag. Cuba bayangkan kalau tertukar beg dengan orang lain ketika nak melakukan umrah pula tu. Mana nak focus beribadah dah nanti.


Jadi jika anda dapat beg dari travel agensi ataupon itu beg anda sendiri, jadikan ianya beg paling RARE. Tampal la sticker ke, sailortape ke, riben ke, lukis ke. Dan macam-macam lagi cara yang anda boleh cuba !



Rara tak beg saya?


12) Pelan Telefon


Dari Malaysia sebenarnya boleh dah start plan sama ada mahu beli simcard, roaming, pocket wifi atau hanya gunakan wifi hotel. Wifi hotel selalunya disediakan samada di bilik atau pon di lobby hotel. Seperti yang saya ceritakan di 10 Cara Jimat Perbelanjaan ketika Umrah, pocket wifi saya rasa kurang sesuai kerana bila di Makkah, ramai orang. Wanita dan lelaki pula solat ditempat yang berbeza. Dan jika terpisah, susah nak contact. Jadi agak baik jika anda plan untuk roaming atau beli simcard disana.



13) Belajar cara solat dan wudu'


Sebelum pergi kesana, belajar la cara solat yang sempurna, cara solat-solat sunat, solat jenazah, solat dalam kapal terbang dan sempurnakan bacaan-bacaan dalam solat. Kerana seperti yang anda sudah sedia maklum, banyak sungguh ganjaran solat di Tanah Suci ini. Rugi kalau kita tak dapat banyak ganjaran ini kerana tak tahu.


Selain itu, belajar cara berwudu' dengan sempurna dan mudah iaitu menggunakan botol spray. Jadi jika anda terbatal wuduk ketika tawaf, anda hanya perlu ketepi dan ambil wuduk. Tidak perlu keluar dari kawasan masjidil Haram yang begitu besar.



14) Pastikan rumah yang ditinggalkan dalam keadaan yang selamat


Akhir sekali, pastikan anda meninggalkan rumah, kereta, ahli keluarga dan apa sahaja dalam keadaan yang baik agar anda mendapat ketenangan dan kemudahan untuk beribadah di tanah suci.



15) Khas Buat Wanita


Untuk pengetahuan wanita yang dikasihi sekalian, waktu masuk Raudhah untuk lelaki dan perempuan adalah berbeza. Jadi pastikan anda tahu waktu-waktu yang dibenarkan untuk masuk ke Raudhah. Selain itu, perempuan perlu melalui pintu masuk ke 25 untuk ke Raudhah.


Selain itu, eloklah jemaah wanita untuk tidak merancang pergi ke tanah suci dalam masa period. Kire kalau boleh sebelum booking tu, check awal2 waktu period itu. Tapi kalau la dah terkena juga waktu period ketika di tanah suci Makkah dan Madinah, rancang la dengan doktor camana untuk elakkan period ketika itu. In Sha Allah kalau tak period, hari-hari dapat solat dimasjid yang begitu banyak ganjaran.


Jika anda travel dengan anak kecil, jangan lupa baca Travel Mistake when traveling with Kids.


Post lain yang berkenaan : Apa itu Umrah ?


Jangan lupa like, comment dan share untuk pengetahuan sahabat handai anda yang lain ya. Follow dan like page kami di instagram dan facebook untuk update post terbaru.


Semoga kita semua dapat menjadi tetamu Allah yang baik dandq1 dikurniakan Umrah yang mabrur.


350 views